Pemain gantian itu hanya memerlukan 10 minit selepas dimasukkan untuk menjaringkan gol kedua untuk negaranya sekali gus membantu jurulatih Poland, Jerzy Brzeczek mencipta kemenangan pertamanya setelah tujuh kali percubaan sejak mengambil alih pasukan pada tahun lalu.

Piatek merupakan penjaring kedua terbanyak dalam Serie A selepas menghasilkan 19 untuk Genoa dan AC Milan menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-69 dalam perlawanan Kumpulan G itu. - AGENSI