Perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 pada aksi penuh perlawanan.

Untuk rekod, Pilihan Singapura sebelum ini muncul juara pada 2006, 2007, 2009, 2010 dan 2011.

Pada aksi di Shah Alam, Selangor bermula garang dengan serangan bertali arus dan berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-17 menerusi rembatan kencang R. Gopinathan yang tepat menerjah penjuru kanan gawang Pilihan Singapura.

Kedua-dua pasukan saling mengasak namun tiada tambahan jaringan dapat disaksikan sehingga berakhirnya babak pertama.

Pada separuh masa kedua, Pilihan Singapura berjaya meraih gol penyamaan menerusi pemain gantian, Stanley Ng pada minit ke-77, bagi mengikat keputusan seri 1-1 sehingga tamat waktu perlawanan, dan memaksa pemenang perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti. - BERNAMA