Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Tun Abdul Razak Jengka, dekat sini malam esok.

Pengendali Felda United, B. Sathianathan berkata, seorang lagi pemain import, Thiago Augusto yang tidak diturunkan ketika berdepan Perak Sabtu lalu akan kembali menguatkan jentera serangan skuad The Fighters.

Bekas jurulatih kebangsaan itu bagaimanapun mengingatkan anak buahnya supaya tidak memandang rendah kemampuan PKNP FC walaupun pasukan itu hanya beraksi dalam saingan Liga Perdana.

“Berdepan PKNP FC bukanlah satu tugas mudah kerana skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim ini mampu mempamerkan permainan berkualiti.

“Biarpun beraksi di Liga Perdana, PBNP FC bukanlah pasukan yang lemah malah mereka antara yang terawal layak ke pusingan suku akhir Piala Malaysia kali ini,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. - UTUSAN ONLINE