United yang dikendalikan oleh Jose Mourinho akan berdepan Yeovil di barat daya buat kali kedua dalam tempoh empat musim.

Juara 12 kali itu pernah mengatasi kelab tersebut 2-0 di pusingan ketiga pada 2015.

Sementara itu, skuad bimbingan Mauricio Pochettino, Spurs akan bertandang ke selatan Wales untuk menentang Newport pada 26 Januari ini.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris Manchester City pula akan bertemu kelab divisyen ketiga, Mansfield jika pasukan yang bersaing di Liga Dua itu berjaya menumpaskan Cardiff dalam aksi timbal balik.

Sementara itu, dua pertembungan melibatkan kelab dari Liga Perdana adalah Liverpool menentang West Brom, manakala Southampton berdepan Watford.

Jika Chelsea dapat menundukkan Norwich dalam aksi ulangan, juara bertahan Liga Perdana itu akan bertemu Newcastle.

Nottingham Forest yang membuat kejutan mengatasi juara bertahan Piala FA Arsenal akan bertandang ke kelab sejawatan dari divisyen kedua, Hull, yang tewas di pentas akhir kepada skuad Gunners pada 2014.

Coventry, juara 1987 yang bersaing di divisyen keempat, akan menentang MK Dons yang berjaya menumpaskan kelab yang sedang bergelut di Liga Perdana, Stoke.- AGENSI

Berikut merupakan keputusan undian pusingan keempat Piala FA dan saingan akan berlangsung pada 26 hingga 29 Januari ini:

Bournemouth/Wigan lwn Shrewsbury/West Ham

Cardiff/Mansfield lwn Manchester City

Carlisle/Sheffield Wednesday lwn Stevenage/Reading

Huddersfield lwn Birmingham

Hull lwn Nottingham Forest

Liverpool lwn West Bromwich

Middlesbrough lwn Brighton

Millwall lwn Rochdale

MK Dons lwn Coventry

Newport lwn Tottenham

Norwich/Chelsea lwn Newcastle

Notts County lwn Wolves/Swansea

Peterborough lwn Fleetwood/Leicester

Sheffield United lwn Preston

Southampton lwn Watford

Yeovil lwn Manchester United