Pilihannya cukup jelas iaitu antara Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada atau negara yang bercita-cita besar, Maghribi sekalipun fasiliti masih belum dibangunkan.

Menjelang Piala Dunia 2018 di Rusia, seramai 207 negara gabungan FIFA akan mengundi dalam kongres badan induk bola sepak dunia itu.

Maghribi hanya melancarkan bidaan untuk 2026 pada awal bulan ini, meskipun hasil laporan penilaian FIFA mengklasifikasikan stadium, penginapan dan pengangkutan yang ditawarkan negara Afrika Utara itu berada dalam kategori ‘berisiko tinggi’.

Berikutan laporan tersebut, AS-Kanada-Mexico menjadi calon pilihan selepas diberi rating empat daripada lima mata maksimum.

Maghribi pula sekadar menerima 2.7 mata tetapi negara itu masih mampu meneruskan kemaraan meskipun bendera merah telah dikibarkan berhubung beberapa komponen kritikal di dalam bidaan tersebut.

Kesimpulan yang diperoleh FIFA daripada pasukan petugas bidaan memaklumkan bahawa Maghribi sememangnya perlu membangunkan kemudahan infrastruktur, tetapi bidaan negara itu tidak boleh diketepikan dan ia berpotensi menjadi realiti. - AFP