Dalam aksi membosankan di Friends Arena, pemain gantian, Jakob Johansson meledak gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-61 selepas rembatan rendahnya ter­kena pertahanan Itali sebelum gagal dibaca penjaga gol berpengalaman, Gianluigi Buffon.

Kekalahan itu meletakkan skuad Azzurri dalam kedudukan bahaya gagal menempatkan diri ke Piala Dunia buat kali pertama selepas tempoh 60 tahun.

“Saya yakin kami akan layak (ke Piala Dunia 2018 di Rusia) ke­rana saya dapat kemarahan pemain dalam bilik persalinan.

“Saya tahu mereka mampu dan mahu memberikan yang lebih baik dalam aksi timbal balik.

“Perlawanan hari ini memberi kejutan kepada kami, namun kami sedia untuk bangkit dengan lebih kuat,” katanya yang akan berdepan Sweden di Milan pada Isnin ini.

Kali terakhir Itali gagal melayakkan diri ke kejohanan bola sepak paling berprestij itu adalah pada Piala Dunia 1958 di Sweden.

Itali, juara Piala Dunia (1934, 1938, 1982 dan 2006 terpaksa mengharungi saingan playoff selepas kecewa dalam saingan kelayakan Kumpulan G apabila tewas 0-3 kepada Sepanyol dan seri 1-1 di laman sendiri ketika bertemu Macedonia. – AFP