ISMAIL IBRAHIM
ISMAIL IBRAHIM

Bagaimanapun, penolong jurulatih Harimau Selatan, Ismail Ibrahim berkata, JDT hanya boleh beraksi dalam Liga Juara-Juara 2019 sekiranya skuad kendalian Ulisses Morais itu menjuarai Liga Super pada musim depan.

Juara Piala AFC 2015 itu diletakkan dalam Kumpulan H bersama Tampines Rovers atau Geylang FC kemudian wakil dari Indonesia, Persija Jakarta dan Song Lan Nghe An FC dari Vietnam.

“Diharapkan semua pemain JDT dapat memberikan aksi yang terbaik dalam Piala AFC 2018 kerana ini mungkin menjadi tahun terakhir untuk kami beraksi dalam kejohanan ini.

“Mungkin tahun 2019 JDT akan mendapat satu slot Liga Juara-Juara Asia secara automatik itu pun jika kami menjuarai Liga Super 2018,” katanya kepada pemberita di AFC House hari ini.

Pada masa sama, JDT turut beraksi dalam pusingan awal kedua Liga Juara-Juara Asia 2018 dan sekiranya mereka berjaya mendapatkan tempat dalam undian utama tempat skuad Harimau Selatan itu akan diambil alih oleh Selangor.

Malaysia bakal menerima satu slot automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia pada 2019 dan satu play-off selepas mengatasi Hong Kong dalam pungutan mata ranking kelab AFC.