Khairy Jamaluddin

“Saya tahu Datuk Zaiton (Othman), Pesuruhjaya Sukan menunggu keputusan FIFA sebelum buat sebarang keputusan.

“Sekarang dia boleh buat keputusan apa tindakan terhadap FAM,” kata Khairy menerusi laporan berita TV3, semalam.

Pesuruhjaya Sukan sudah menerima surat tunjuk sebab daripada FAM pada 22 September lalu iaitu sehari sebelum tempoh 14 hari yang ditetapkan sebelum ini tamat.

Zaiton yang ketika itu ditemui menjelaskan bentuk hukuman ke atas badan induk itu bakal diketahui dalam tempoh kurang dua ­minggu ke­rana pihaknya memerlukan masa bagi meneliti laporan.

FIFA kelmarin mengumumkan hukuman terhadap FAM susulan kekecohan yang dicetuskan penyokong dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada 8 September lalu.

Selain didenda 40,000 Swiss franc (RM180,000) dan diberi amaran keras, kemenangan percuma 3-0 turut diberikan kepada Arab Saudi, manakala skuad Harimau Malaya dihukum bermain dalam perlawanan tanpa penonton apabila menerima kunjungan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada 17 November ini.