Juara Eropah itu kini mengutip empat mata bersama Sepanyol dalam kumpulan B dan hanya memerlukan seri untuk layak ke pusingan kalah mati.

Sementara itu, Iran menundukkan Maghribi dalam aksi pertama mereka sebelum tumpas kepada Sepanyol kini mahu mencatat sejarah layak ke pusingan kalah mati untuk pertama kalinya.

“Kami menonton semua aksi kelayakan, bukan hanya di Piala Dunia sahaja dan mendapati mereka sebuah pasukan yang tersusun.

“Mereka mempunyai pemain berkualiti dan berpengalaman dalam Piala Dunia terdahulu serta ada dalam kalangan mereka beraksi di liga besar seperti di Sepanyol, Greece dan Rusia. Pada pandangan saya, mereka pasukan terbaik Asia,” kata Santos menjelang pertembungan getir itu awal pagi esok.

Iran perlu menang di Saransk bagi memastikan cabaran mereka di Rusia tidak terhenti dan bangkit selepas kekalahan tipis 0-1 kepada Sepanyol, hasil jaringan ‘nasib’ Diego Costa. - AFP