Kelab Serie A itu mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa yuran perpindahan yang Liverpool bersetuju untuk membayar bagi mendapatkan pemain berusia 25 tahun itu mengatasi rekod pembelian Juventus terhadap Gianluigi Buffon pada 2001 yang bernilai 53 juta euro (RM251 juta).

“Saya sangat gembira, impian menjadi kenyataan apabila dapat menyarung jersi kelab berprestij yang mempunyai sejarah gemilang. Menyertai Liverpool merupakan langkah terbesar yang dibuat dalam hidup dan karier saya,” kata Alisson.

Pengurus Liverpool, Juergen Klopp berkata dia akan berasa kerugian jika tidak mendapatkan salah satu penjaga gol terbaik itu.

“Pada satu ketika dalam beberapa minggu lalu, peluang untuk menandatangani salah satu penjaga gol terbaik - saya tidak berfikir panjang,” katanya. - REUTERS