Komisioner Perlawanan Baharim Jusoh berkata, perlawanan yang sepatutnya bermula pada pukul 10 malam dibatalkan kerana kerosakan pada janakuasa bermula pukul 8.45 malam.

Menurutnya, pihak juruteknik stadium telah cuba mengatasi masalah itu namun dipercayai mengambil masa sehingga sebulan untuk dibaik pulih.

"Pada awal sesi memanas badan lampu limpah berkeadaan baik namun mula merosot pada pukul 8.45 malam sehingga perlawanan tidak dapat dimulakan pada pukul 10 malam.

"Kita masih menunggu kata putus daripada Malaysia Football League yang akan menetapkan tarikh baharu perlawanan," katanya kepada pemberita, di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE