Sementara itu, Serbia, Denmark, Maghribi dan Australia masing-masing mencatat kemenangan manakala Sweden buntu mencari gol apabila seri tanpa jaringan menentang Peru.

Jurulatih Les Bleus, Didier Deschamps menurunkan barisan terkuatnya bagi aksi terakhir pemanas badan tersebut bagaimanapun Julian Green terlebih dahulu meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-44 apabila bijak mengambil kesempatan daripada kesilapan pertahanan tuan rumah, Djibril Sidibe.

Skuad The Yanks itu tidak layak ke Piala Dunia dan ketika kemenangan hampir menjadi 
milik pasukan kendalian Dave Sarachan, penyerang Paris Saint Germain (PSG) menyumbat gol penyamaan ketika permainan berbaki 12 minit.

“Adalah lebih untuk kami sentiasa mencatat kemenangan namun perlawanan ini sekadar pemanas badan sahaja. Kami kurang pamerkan aksi sebenar. Kami berada dalam masalah untuk 20 minit pertama namun pada hujung permainan kami baru menemui rentak.

“Saya menggunakan seramai pemain yang boleh dalam kesemua tiga aksi pemanas badan dan itu mengajar anda. Saya berharap agar semua pemain bersedia secara fizikal dan sudah tentu saya sukar untuk membuat pilihan bagi aksi pertama,” kata Deschamps.

Sehingga kini, pelbagai persoalan masih belum dijawab oleh Les Bleus apabila mereka akan menghadapi Australia yang menewaskan Hungary dalam aksi pembukaan Kumpulan C.

Denmark menewaskan Mexico 2-0, terima kasih kepada Yussuf Poulsen dan Christian Eriksen manakala Peru seri tanpa jaringan menentang Sweden.

Dalam pada itu, nasib tidak menyebelahi juara 2010, Sepanyol apabila mereka dipaksa bekerja keras untuk menembusi benteng pertahanan Tunisia.

Bekas penyerang Liverpool, Iago Aspas meledak gol kemenangan ketika permainan berbaki enam minit selepas menerima bantuan daripada Diego Costa sekali gus memastikan jurulatih Sepanyol, Julen Lopetegui mengekalkan rekod tanpa kalah setelah 20 perlawanan.

Maghribi merupakan lawan Sepanyol dalam Kumpulan B tidak berdepan masalah untuk menewaskan Estonia 3-1 manakala Serbia membelasah Bolivia 5-1. Penyerang Newcastle, Aleksandar Mitrovic meledak hatrik. – REUTERS