PENYERANG Perancis, Antoine Griezmann (kanan) menerima asakan daripada pertahanan Belarus, Maksim Volodko dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018. - AFP

“Kami melakukan tugas dengan baik namun ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya pengusaan bola. Kami tidak mengawal situasi dengan baik sepanjang perlawanan dan bukan sahaja menentang Belarus tetapi sepanjang kempen kelayakan,” kata Deschamps.

Deschamps yang mengetuai Les Bleus ketika menjuarai Piala Dunia 1998 di laman sendiri turut mengakui Perancis bukan pasukan pilihan di Rusia pada tahun depan.

“Kami ada banyak matlamat namun jika kita lihat negara lain, ada dua negara di Eropah (Portugal dan Jerman) di atas kami dan satu lagi di Amerika Selatan (Brazil),” katanya lagi. - REUTERS