Setiausaha Pafa yang juga pengurus pasukan Bos Gaurus, Datuk Jamal Mat Aris berkata adalah tidak wajar aksi sulung musim baharu pasukan itu dilangsungkan tanpa penonton.

Menurutnya, ketiadaan penonton akan menyebabkan kerugian kepada semua pihak kerana melibatkan penaja, kutipan tiket pasukan dan FAM sendiri.

“Pafa sudah membuat rayuan susulan kepada FAM supaya hukuman beraksi tanpa penonton yang dikenakan kepada Perak untuk tiga perlawanan terutama untuk aksi pembukaan pada Sabtu ditangguhkan.

“Pafa masih menunggu keputusan daripada FAM berhubung rayuan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pengenalan pemain skuad Bos Gaurus dan jersi Perak untuk musim ini di Stadium Perak semalam.

Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir. Turut hadir Presiden Pafa, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan.

Perak bakal memulakan tiga perlawanan musim 2017 di gelanggang sendiri tanpa penonton sebagai hukuman terhadap tindakan penyokong mereka dalam perlawanan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 6 Ogos lalu.

Mengenai sasaran Bos Gaurus, Jamal berkata Perak mahu menduduki dua tempat teratas dalam Liga Super serta yakin merebut kejuaraan utama liga.

Katanya, ini berdasarkan persiapan pihak pengurusan membentuk skuad yang mantap dengan kehadiran anggota baharu terdiri daripada pemain ternama seperti Mohd. Hafiz Kamal (Selangor), Mohd. Nazrin Mohd. Nawi (JDT), Muhammad Zaquan Adha Abdul Radzak (JDT II), Abdul Hadi Yahaya (Selangor) dan Mohd. Shahrom Abdul Kalam (Selangor).islav Mirchev dan Faton Toski telah diuji sendiri oleh jurulatih Karl Weigang,” katanya.