Gol tunggal daripada skuad Bos Gaurus hadir menerusi pemain import dari Brazil, Ronaldo Henrique Silva pada minit ke-19.

Terdahulu, PJ City FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah kapten pasukan, S. Subramaniam diperintah keluar padang kerana mengutip kad kuning kedua pada minit ke-67.

PJ City kini menduduki tempat kesembilan dengan pungutan 17 mata. UTUSAN ONLINE