Dalam perlawanan di laman sendiri, pasukan tuan rumah menguasai babak awal permainan dan berjaya menjaringkan gol pada minit ke-14 apabila Wander Luiz menyempurnakan hantaran daripada Gilmar.

Kitchee terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pertahanan importnya, Matthew Smith dibuang padang kerana menampan bola menggunakan tangan pada minit ke-49.

Begitupun pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-86 apabila pemain pertahanan, Li Ngai Hoi menyudahkan hantaran rakan sepasukan.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga 90 minit permainan menyebabkan perlawanan berlanjutan sehingga ke masa tambahan namun tiada gol tambahan dapat jaringkan.

Ini menyebabkan pemenang ditentukan menerusi penentuan penalti yang menyaksikan Perak muncul pemenang dengan keputusan 6-5.

Anak-anak buah Mehmet Durakovic kini akan bertemu Ulsan Hyundai dari Korea pada 19 Februari nanti. - UTUSAN ONLINE