Pemain pertahanan berusia 34 tahun itu menyertai Real daripada Porto pada 2007 dengan yuran perpindahan 30 juta euro (RM146.3 juta) dan telah memenangi gelaran La Liga pada musim pertamanya.

Kontraknya bersama Real tamat pada bulan lepas dan menurut laporan media Turki pemain itu menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Besiktas.

Pepe meninggalkan Real selepas menang tiga kali gela­ran La Liga, dua kali Piala Raja Sepanyol dan tiga kali menjuarai Liga Juara-juara.

Pertahanan Portugal itu juga adalah antara pemain yang dikenali kerana sikap panas baran di atas padang serta pernah digantung 10 perlawanan atas tindakannya me­numbuk Juan Albin pada April 2009.

Pepe telah membuat 86 penampilan bersama Portugal dan dinamakan sebagai Pemain Terbaik Euro 2016 selepas meraih kemenangan ke atas Perancis.

Pemain itu juga menja­ringkan gol penyamaan untuk membolehkan perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Konfederasi dibawa ke masa tambahan yang me­nyaksikan juara Eropah itu menang 2-1. – REUTERS