Pemain sayap berusia 32 tahun itu mengejutkan Real selepas menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Sepanyol ekoran skandal cukai yang melanda dirinya.

Pada masa sekarang hanya dua pilihan yang ada iaitu kembali menyertai United atau PSG namun kejutan akan berlaku sekiranya dia berhasrat untuk ke China.

Akhbar Sepanyol, Marca men­dakwa Pepe sedang berusaha memujuk Ronaldo untuk menyertai PSG dengan menyatakan: “Mari ke PSG bersama.”

Ronaldo sangat rapat de­ngan Pepe termasuk semasa di Real dan pasukan kebangsaan.

Mereka sekali lagi bekerjasama di Rusia untuk aksi Piala Konfederasi dan kedua-duanya mengadakan perbincangan mengenai masa depan Ronaldo.

Pertahanan tengah itu akan tamat kontrak pada musim panas ini dan bakal menyertai PSG secara percuma.

Kedua-dua pemain itu dilihat mengadakan perbinca­ngan mendalam selepas Portugal terikat 2-2 dengan Mexico dengan Ronaldo menyatakan aksi mereka sangat teruk kepada Pepe pada separuh masa kedua.– AGENSI