Bayern dan Dortmund terikat 0-0 sepanjang 120 minit perlawanan sebelum Dortmund terpaksa akur dengan kekalahan 3-4 selepas gagal menyempurnakan dua sepakan penalti, sekali gus membolehkan skuad bimbingan Guardiola menjulang Piala Jerman buat kali ke-18 sejak kejohanan dipertandingkan pada 1935.

Trofi tersebut adalah gelaran ketujuh diraih Guardiola bersama kelab Jerman itu sejak 2013, dan kemenangan menjadi memori indah buat pengurus tersebut sebelum berhijrah ke England bagi membimbing kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City, musim depan.

“Apa sahaja boleh berlaku dalam penentuan sepakan pe­nalti, jadi kami amat gembira.

“Tiga tahun di kelab sesuatu yang sangat menakjubkan. Saya pasti akan merindui semua pemain-pemain ini,” kata Guardiola yang mengalirkan air matanya selepas Bayern menjulang Piala Jerman.– AFP