ENTRI JOHOR Southern Tigers yang membuatkan penyokong mereka cukup seronok.

JDT menerusi Facebook rasminya, JOHOR Southern Tigers (JST) hari ini telah memuat naik gambar Diaz bersama keterangan bergambar: ‘Welcome back Champ. The Beast. 2018’.

Entri tersebut menerima 2,700 komen dan 26,000 like, selain dikongsi oleh lebih 2,000 pengikut, yang rata-rata tidak sabar untuk melihat pemain berusia 27 tahun itu kembali mewarnai pentas bola sepak tempatan.

Terkenal dengan jolokan ‘kepak ayam’ dalam kalangan penyokong, Diaz merupakan penjaring terbanyak Liga Super musim 2016 tetapi mencetus kontroversi selepas mengeluarkan kenyataan kurang baik mengenai JDT selepas kontraknya tidak disambung.

Bagaimanapun sebagai pemain, dia yang kali pertama menyertai JDT pada pertengahan musim 2014 tidak dinafikan membawa impak besar kepada JDT, termasuk membantu mereka merangkul kejuaraan pertama Liga Super, selain muncul naib juara Piala Malaysia dalam tahun yang sama.

“Hari yangg paling happy buat kami semua, kepak ayam kembali. Menangis gembira aku hari ini. Pemain paling dirindui, paling dinanti, paling disukai, paling diminati,” kata seorang penyokong Mohd. Shah Jawahir.

“Kepak is back, Botak King (Luciano Figueroa) comeback. Peninglah kepala defend team lain dan dah bolehlah kalau dia orang nak mimpi ngeri. Adalah selepas ini makan tak lena...Tidur tak basah, mandi tak kenyang,” tulis Fikri Narzeri pula, merujuk kepada kepulangan semula Figueroa. - UTUSAN ONLINE