Penyokong Chelsea turut meluahkan kemarahan mereka dalam media sosial, sekali gus meletakkan masa depan pengurus pasukan, Maurizio Sarri ibarat ‘telur di hujung tanduk’.

Sejurus tamat perlawanan, pemain pertahanan Jerman, Rudiger menghampiri penonton dan memberikan jersinya sebagai tanda maaf atas kekalahan terburuk yang pernah dialami Blues dalam tempoh 22 tahun, iaitu sejak kali terakhir dibelasah 7-0 oleh Nottingham Forest pada April, 1991.

Kekalahan keenam musim ini menyebabkan Blues terkeluar dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris dengan menghuni tangga keenam menerusi 50 mata, satu mata ditinggalkan pasukan tangga keempat, Manchester United.

Sementara itu, City turut memohon maaf kepada Chelsea sejurus tamat perlawanan selepas pihak stadium memasang lagu yang biasanya dimainkan di Stamford Bridge setiap kali Blues mencatat kemenangan di tempat mereka.

Menurut laporan Mirror, pegawai City mengarahkan pihak stadium segera memberhentikan lagu ‘One Step Beyond’ untuk mengelak kejadian lebih buruk berlaku. - AGENSI