Pengurus berusia 47 tahun itu, melakukan tugas hebat di Tottenham apabila membimbing pasukan itu buat pertama kali ke final Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.

Prestasi dan pencapaiannya menjadikan dia antara pilihan utama untuk tugasan di Juventus selepas Massimiliano Allegri dikatakan akan meninggalkan kelab itu akhir musim ini.

“Dengar cakap pengurus, saya amat bersetuju dengan apa dikatakannya baru-baru ini tentang fasa seterusnya dalam kelab ini. Memang senang berkata tetapi tidak ramai boleh bekerja dalam keadaan tiada stadium dan tidak menandatangani sesiapa.

“Spurs adalah sebahagian daripada enam terbaik dan kami ada cara berbeza untuk bekerja dan tidak ramai pengurus mampu membawakan bola sepak Liga Juara-Juara tiga atau empat tahun berturut-turut sambil membawa pemain dan masuk ke dalam skuad England.

“Saya harap kami boleh memberikan apa yang dia mahukan,” katanya kepada talkSPORT.

Meskipun tidak membeli pemain dalam dua jendela perpindahan, Spurs tetap meneruskan rentak sama dan memastikan mereka beraksi dalam UCL musim depan dengan menamatkan saingan liga di kedudukan empat terbaik.- Agensi