Baginya, pemain berhak menghabiskan masa untuk diri mereka selepas penat beraksi. Gambar yang menunjukkan sekurang-kurangnya lapan pemain Mexico berparti tersebar dengan meluas selepas didedahkan sebuah majalah.

“Itu adalah masa lapang yang mereka ada. Kami sudah mengharungi 19 perlawanan bersama sebelum ini dan akan terus bersama untuk 25 hingga 30 hari lagi. Jadi penting bagi mereka mengisi masa yang terluang untuk diri mereka,” kata Osorio hari ini, menjelang perlawanan persahabatan dengan Denmark.

Kenyataan Osorio itu disokong pemain tengah Andres Guardado yang mengakui pemain juga manusia yang memerlukan hiburan untuk mengurangkan tekanan menjelang Piala Dunia 2018 di Rusia.

“Selain pemain bola, kami juga adalah manusia. Jadi kami juga perlu melakukan apa yang kami mahu dalam kehidupan peribadi kami. Saya tidak fikir kami menyalahi peraturan dari segi disiplin,” katanya. – Reuters