Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid yang mengesahkan perkembangan terbaharu itu memberitahu, beliau akan memangku sementara jawatan sebelum mendapatkan pengganti.

Namun begitu, Marzuki masih kekal sebagai Timbalan Presiden PBSNT, jawatan yang dimenangi dalam Kongres Tahunan Luar Biasa PBSNT 2013 lalu.

Rombakan juga terpaksa dilakukan apabila Ketua Jurulatih, Ahmad Yusof direhatkan dalam tiga perlawanan akan datang dengan jurulatih taktikal Mike Mulvey dilantik sebagai jurulatih sementara.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman sebelum ini menyatakan rasa kecewa dengan prestasi yang diperlihatkan skuad penyu dan Terengganu FC II pada awal musim.

Kalangan penyokong pula mendesak jurulatih dan pihak pengurusan dirombak setelah piala awal yang disasarkan sudah terlepas dengan kekalahan skuad penyu yang dianggap memalukan semasa berdepan pasukan Liga Perdana PKNS. - UTUSAN ONLINE