Marcelino mengalami kecederaan di paha kirinya ketika meraikan jaringan Simone Zaza lima minit menuju tamat di Stadium Anoeya.

Jurulatih kelahiran Sepanyol itu kelihatan menahan sakit sambil tangan kirinya memegang di bahagian belakang kaki kirinya. Dia kelihatan terhenjut-henjut sewaktu memberi arahan kepada pemainnya dari luar padang.

“Saya sudah tua dan nampaknya saya perlu mengawal diri dalam keadaan tertentu bagaimanapun tiada masalah jika jurulatih yang cedera,” kata pengendali berusia 52 tahun itu. - AGENSI