The Reds menjadi satu-satunya pasukan daripada separuh akhir 2017-18 kembali ke saingan empat terakhir musim ini selepas mengetepikan Porto 4-1 dalam aksi timbal balas di Estadio do Dragao.

Sadio Mane membuka tirai jaringan sebelum Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Virgil van Dijk melengkapkan malam cemerlang Liverpool selepas menyerap tekanan yang ditampilkan Porto.

Kemasukan Jordan Henderson dan Firmino pada separuh masa kedua jelas memberi kesan kepada Porto dan Klopp memberitahu bahawa memasukkan pemain yang cergas pada pertengahan perlawanan adalah sebahagian daripada perancangannya.

“Pada separuh masa kedua memang jelas, tenaga Porto semakin menurun, jadi kami boleh mengawal permainan dan menjaringkan gol.

“Rentak permainan mereka semakin perlahan dan berbanding 30 minit pertama. Sebab itu kami mahu lakukan strategi ini, jadi kami bawa masuk Bobby (Firmino) dan Hendo (Henderson).

“Kami lebih berpengalaman dan ia jelas kelihatan. Kami berdepan kesukaran musim lalu ketika berdepan City dan Roma musim lalu. Mereka ini sangat berbeza semasa beraksi di laman sendiri, jadi kami perlu bersedia,” kata Klopp.-AGENSI