Tindakan itu diambil susulan surat bantahan berhubung mutu pengadilan mencurigakan dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Terengganu FC II (TFC II) dan Felda United Ahad lalu.

Pengerusi jawatankuasa itu Datuk S. Sivasundaram menjelaskan bahawa pihaknya telah meneliti rakaman perlawanan dan laporan daripada pengadil perlawanan dan mendapati berlaku sedikit kelemahan iaitu dari segi kedudukan Khirulazuan ketika itu menyebabkan dia gagal membuat keputusan yang tepat.

“Selepas meneliti semua bukti ternyata Khirulazuan membuat kesilapan dalam membuat keputusan pada minit ke-45 dan 52 tetapi pada minit ke-71 keputusan beliau adalah tepat.

“Di atas kesilapan itu, dia digantung selama tiga bulan daripada mengadili apa-apa perlawanan dan penolong pengadil satu (Mohd. Yusri Mohamad) pula digantung selama dua minggu.

“Dalam tempoh itu mereka akan diberi sesi kaunseling dan latihan untuk mengekalkan tahap kecergasan serta meningkatkan mutu pengadilan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.