VAR tidak membantu Chelsea semasa tewas dalam separuh akhir pertama Piala Liga kepada Tottenham selepas teknologi itu digunakan bagi memberikan sepakan penalti kepada Harry Kane.

Pada awalnya, Kane berada dalam keadaan ofsaid di Wembley sebelum dijatuhkan Kepa Arrizabalaga dalam kawasan penalti tetapi pengadil Michael Oliver kemudiannya mengubah keputusan itu selepas menerima pandangan daripada pengadil yang melihat rakaman video.

Pengadil yang bertanggungjawab ketika itu ialah Chris Kavanagh, meskipun enggan menyalahkan pihak pengadil, Sarri tetapi skeptikal dengan sistem itu akan berjaya digunakan dengan baik pada musim akan datang.

“Bukan mudah untuk digunakan kerana penjaga garisan sudah menghentikan larian dan pemain selain memberi isyarat ofsaid tetapi kemudiannya keputusan itu berubah.

“Tetapi perkara ini normal. Sistem ini digunakan buat kali pertama dalam Piala Liga dan mereka perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan sistem.

“Saya tidak suka VAR secara peribadi kerana ia mengubah suasana di dalam stadium. Awak menjaringkan gol tetapi perlu tunggu 30 saat untuk meraikannya,” katanya.-AGENSI