Bagi yang berminat, boleh mendaftar diri di www.yakult.com.my. Penyertaan adalah percuma. Pemain terpilih akan dipanggil menyertai uji bakat yang akan diadakan di Stadium Universiti Sains Islam Mamalaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan pada 23 Jun ini.

Menurut Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada, program ini di adakan untuk memberi peluang kepada bakat muda di Malaysia beraksi bersama 10 lagi pemain terbaik dari Asean melibatkan lima dari Thailand dan selebihnya Myammar di Osaka, Jepun nanti.

Selain itu juga katanya, ia bertujuan meningkatkan semangat pemain muda negara untuk menjadi pemain bola sepak terbaik dunia satu masa nanti.

“Kali ini, apabila dijemput oleh Cerezo Osaka untuk mejayakan program ADP kami amat gembira untuk menyertai projek ini bersama mereka sebagai penaja.

“Kami juga mendoakan agar setiap pemain yang terlibat dalam program ini akan mencapai cita-cita mereka untuk menjadi pemain professional pada masa hadapan.

“Hala tuju ADP sama seperti Yakult Malaysia dalam membantu serta menyokong program ini di mana pada Disember tahun lalu, kita telah membantu Hadi Fayyadh untuk menyertai Liga Jepun J2 bersama Fagiano Okayama

“Projek ini akan memberikan peluang kepada pemain yang terpilih untuk beraksi di Liga Jepun ataupun bermain bersama kelab Cerezo sendiri,” kata Hamada dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pendaftaran akan dibuka sehingga 10 Jun depan dan pemain yang berjaya akan di maklumkan melalui email untuk menyertai uji bakat tersebut.- UTUSAN ONLINE