Perkara tersebut diluahkan sendiri oleh penaja utama pasukan itu Tan Sri Annuar Musa menerusi entri laman sosial facebook miliknya hari ini.

Annuar berkata, beliau menyerahkah kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan pemain untuk berbuat sesuatu untuk memulihkan semula pasukan.

 “Tengok prestasi pasukan yang sangat menyedihkan ketika ini saya rasa tidak padan dengan susah payah mencari duit untuk TRW.

 “Bagaimanapun, saya hanya boleh bantu mencari dana setakat yang termampu sahaja,” katanya.-UTUSAN ONLINE.