Aden Range Marwa dari Ken­ya memberitahu Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dia tidak akan ke Rusia, kata FIFA semalam.

FIFA berkata, mereka menyerahkan butiran kes Marwa dan yang lain-lain dikaitkan de­ngan salah laku dalam doku­mentari seorang wartawan Ghana kepada ‘badan siasatan dan kehakimannya untuk membuat tindakan susulan’.

Pegawai Kenya itu yang di­luluskan oleh FIFA bagi per­lawanan-perlawanan antarabangsa sejak 2008, dirakam me­nerima wang tunai pada se­buah kejohanan benua Afrika dalam satu rakaman yang disiarkan oleh BBC Afrika.

Kod etika FIFA melarang pegawai-pegawai mengambil hadiah wang tunai.

Siasatan itu diketuai oleh war­tawan Anas Aremeyaw Anas malah melibatkan presi­den Persatuan Bola Sepak Ghana, Kwesi Nyantakyi, seorang ahli majlis pentadbir FIFA dipi­lih, dalam mengambil hadiah wang tunai.

Marwa merupakan pegawai perlawanan Piala Dunia kedua terlibat dalam rasuah antara lebih 100 pengadil dan pembantu yang dilatih oleh FIFA bagi lebih dua tahun dan dipilih dalam minggu-minggu kebelakangan ini.

Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi menggantung pengadil Fahad Al Mirdasi seumur hidup selepas dituduh meminta rasuah bagi membantu sebuah pasukan memenangi perlawanan akhir piala kebangsaan.

Marwa dan Al Mirdasi bertu­gas pada kejohanan pemanas badan PIala Dunia, Piala Konfederasi 2017 di Rusia.

Marwa turut dibawa oleh FI­FA ke Piala Dunia 2014 di Brazil sebagai seorang pegawai perlawanan simpanan.

Seorang pengadil Ghana, Joseph Lamptey turut digantung seumur hidup oleh FIFA kerana rasuah memberikan satu penalti dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia pada 2016 dalam satu pakatan pertaruhan.

FIFA berkata semalam, me­reka akan mengenakan ‘hukuman berat’ apabila integritinya diambil ringan. – AP