Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pemanis FC berpeluang beraksi di Bukit Jalil

Pemanis FC
Pasukan Pemanis FC merupakan sebuah pasukan bola sepak komuniti yang berasal dari Kampung Pulau Manis, Serada. - PEMANIS FC

KUALA TERENGGANU 17 Mei - Pasukan bola sepak komuniti, Pemanis FC dari Kampung Pulau Manis, Serada di sini terpilih antara enam pasukan untuk beraksi sempena pembukaan Stadium Nasional Bukit Jalil yang dinaik taraf, lusa.

Pengurus pasukan, Mohd. Rafi Kori berkata, pemilihan itu merupakan satu pengiktirafan buat Pemanis FC yang baru dijenamakan semula kerana bukan sahaja menjadi wakil tunggal Terengganu, malah satu-satunya pasukan dari pantai Timur.

Katanya, selain Pemanis FC, lima pasukan lain adalah Shah Alam Antlers, Subang City FC (Subang), BNM FC (Lembah Klang), Majidee83 FC (Johor Bharu) serta Kelab Bola Sepak Kupang dari Baling, Kedah.

"Sekalung penghargaan untuk pengurusan, pemain dan penyokong yang sentiasa positif serta berusaha bersama dalam merealisasikan kelayakan ini selaras untuk melonjakan imej pasukan serta merancakan liga bola sepak tempatan.

"Dalam Hari Komuniti Bola Sepak itu, kita akan bertarung dengan juara Liga Super Lembah Klang, Shah Alam Antlers FC yang merupakan pasukan terkemuka dalam dunia bola sepak komuniti," katanya di sini hari ini.

Pemanis FC yang dikendalikan oleh ketua jurulatih Mohd. Fairus Alias ketika ini sedang mengharungi Kejohanan Bola Sepak Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain