Walaupun berjaya menundukkan Juventus dalam saingan Liga Juara-Juara namun mereka tewas kepada Manchester City sekali gus menyaksikan mereka ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu liga selain menghuni kedudukan kelapan.

Selain kurang berkeyakinan, Butt juga melihat prestasi mereka tidak konsisten menyebabkan keputusan seperti itu sudah boleh diramal.

“Keadaan menjadi sukar apabila awak memiliki pemain yang tidak berada pada tahap terbaik.

“Tidak kira siapa awak atau pasukan yang diuruskan, sekiranya pemain tidak yakin dan tidak bersedia awak tidak mampu untuk mencipta kemenangan.

“Pemain United ketika ini memang tiada keyakinan. Mereka berdepan pasukan yang mungkin terbaik di Eropah (Manchester City) dan tewas,” katanya.

Dengan perlawanan menentang Southampton dan Crystal Palace selepas waktu rehat perlawanan antarabangsa, pengendali akademi United itu percaya, mereka memiliki masa untuk memperbaiki moral sebelum memasuki musim Krismas yang lebih padat.-AGENSI