Holtby akan menyertai Spurs Julai depan, walaupun terdapat laporan mengatakan beberapa kelab lain mahu mendapatkannya seperti, Arsenal, Liverpool dan Everton.

Katanya, dia mahu memenangi piala bersama Tottenham, seterusnya mendapat perhatian daripada jurulatih, Andre Villas-Boas.

Pemain berusia 22 tahun itu tidak mempedulikan nasib yang menimpa pemain Chelsea, Marko Marin, yang hanya beraksi sekali dalam Liga Perdana Inggeris sejak meninggalkan Werder Bremen dan berjaya mewakili Jerman sejak November 2010.

"Saya selalu berfikir secara positif, nama saya Lewis Harry Holtby bukannya Marin," katanya.

Dia menandatangani kontrak selama lima tahun dengan Spurs dan dilaporkan menerima bayaran 4.3 juta Euro (RM17.2 juta) setahun.

Holtby akan menamatkan saingan musim ini bersama Schalke 04 dan mereka akan menanti kunjungan Hanover Jumaat ini dalam perlawanan pertama Liga Jerman pada tahun 2013.

Holtby masih belum pasti apakah bentuk penerimaan daripada penyokong Gelsenkirchen selepas dia bersetuju untuk menyertai pasukan utara London itu. - AFP