Brewster, yang memenangi Piala Dunia Bawah-17 Tahun bersama England Oktober lalu, kelihatan marah pada penghujung perlawanan yang berkesudahan Liverpool melakar kemenangan 2-0 ke atas Spartak dalam aksi Liga Remaja UEFA, semalam dan dia terpaksa dihalang oleh rakan sepasukan serta staf kejurulatihan Reds.

Berikutan insiden yang berlaku di Prenton Park itu, Liverpool berkata, kelab tersebut mengikuti prosedur yang betul dengan melaporkan insiden berkenaan kepada UEFA.

Aduan tersebut difahamkan berkaitan dengan penghinaan perkauman dan ia kemudiannya tersebar tidak lama sebelum perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara antara pasukan senior Liverpool dan Spartak di Anfield.

Liverpool pernah membuat aduan sama dalam perlawanan menentang Spartak, selepas rakan sepasukan Brewster, Bobby Adekanye turut berdepan masalah serupa dengan kelab Rusia itu sewaktu perlawanan timbal balik pada September.

Spartak didapati bersalah dan diarahkan menutup sebahagian padang akademi mereka untuk satu perlawanan. - AFP