Tandukan pemain berusia 19 tahun itu pada waktu kecederaan sudah memadai untuk meneruskan kemaraan skuad bimbingan Razip Ismail, sekali gus menebus aksi suram mereka dalam kancah Liga Perdana.

Ini adalah kemenangan pertama dilakar anak-anak buah Razip pada 2017, kejayaan yang pastinya akan memberi tonik terbaik buat Singa Utara untuk memburu keputusan lebih baik selepas ini.

Sementara itu, turut meneruskan kemaraan ke pusingan ketiga adalah kelab Liga Perdana, UiTM FC yang menyingkirkan Petaling Jaya Rangers FC 2-1 di Stadium Petaling Jaya sebentar tadi.

Selepas kedua-dua pasukan buntu untuk mencari gol pada babak pertama, kapten UiTM FC, Muhammad Afif Asyraf meletakkan pasukannya di depan hanya tiga minit selepas separuh masa kedua bersambung.

Pemain gantian, Mohd. Faizwan Abdullah bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-71, sebelum penyerang import dari Korea Selatan, Do Dong-hyun memastikan kemenangan UiTM , dua minit sebelum tamat permainan. - UTUSAN ONLINE