Ronald Koeman
Ronald Koeman

Koeman, yang te­lah ber­belanja 130 juta pound (RM726 juta) mu­sim ini berkata, skuad bimbingannya tidak beraksi seperti sebuah pa­sukan dan bersedia dipersalahkan ekoran kekalahan tersebut.

Pintu gol Everton dirobek setiga kali oleh Andrea Maseillo, Bryan Cristante dan Alejandro Gomez.

“Sudah tentu saya dapat memahami kemarahan penyokong. Hari ini telah memberi pengajaran besar buat mereka. Pasukan lawan telah menunjukkan keghairahan yang diperlukan setiap kali bermain bola sepak.

“Soalan kepada diri saya ialah apa salah saya? Memang mudah untuk mengkritik pemain, pasukan dan menuding jari kepada individu tetapi pa­sukan kami memang tidak me­lakukan persediaan baik melihat kepada aksi yang dipamerkan dalam babak pertama.

“Ia sesuatu yang memalukan, saya mohon maaf kepada penyokong. Ini satu detik yang sukar. Apa yang saya lihat, terdapat jurang besar antara Atalanta dan Everton dari segi kepercayaan, keyakinan, agresif dan keghairahan.

“Kami memiliki beberapa pemain hebat, tetapi hanya tujuh atau lapan yang bersedia berjuang, bertarung untuk memenangi pertempuran dan memiliki aksi agresif yang sepatutnya.

“Saya tidak melihat persembahan sebuah pasukan dalam padang. Saya hanya menyaksikan 11 pemain yang beraksi secara individu.

“Kami memiliki pemain baharu. Beberapa pemain memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan tekanan,” kata Koeman. – AGENSI