The Blues digantung dua pasaran perpindahan pemain selain didenda 460,000 pound (RM2.4 juta) oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) selepas melanggar peraturan yang ditetapkan.

Situasi tersebut telah mengundang spekulasi bahwa Chelsea akan memastikan hanya segelintir sahaja pemain meninggalkan Stamford Bridge atau dipinjamkan musim depan dalam usaha mereka untuk membekalkan skuad yang kuat kepada Maurizio Sarri bersaing.

Christensen yang mempunyai kurang minit permainan bersama Chelsea berkata kelab tersebut juga tidak akan menjual sesiapa pada pasaran perpindahan pemain.

“Situasi yang saya hadapi ketika ini amat sukar untuk diterima. Kami ada menerima mesej bahawa Chelsea tidak dibenarkan membuat rayuan dan mereka mahu mengekalkan pemain yang sedia ada,” katanya.

Pertahanan Chelsea itu juga berusaha untuk menarik perhatian Sarri supaya meletakkannya dalam kesebelasan utama.

“Saya berusaha untuk menonjolkan diri ketika berlatih namun sukar. Sekarang saya bermain dalam aksi Liga Europa dan berharap dapat kekal dalam kejohanan ini,” katanya lagi. - AGENSI