Kemenangan itu juga bermakna peluang skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk merampas kedudukan pendahulu kumpulan yang ketika ini dipegang oleh Myanmar mampu dilakukan kerana Malaysia masih mempunyai baki satu perlawanan iaitu menentang Laos di venue yang sama pada Rabu ini manakala skuad kendalian Gerd Zeise sudah pun mengharungi empat perlawanan.

Gol pasukan Malaysia dijaringkan oleh N. Thanabalan (min. 33, min. 82) dan Muhammad Safawi Rasid (min. 35), manakala gol saguhati Myanmar dijaringkan oleh Than Paing pada minit-minit akhir perlawanan. - UTUSAN ONLINE