Skuad kendalian Jose Pekerman terpaksa menanti hingga minit ke-40 sebelum berjaya membuka tirai jaringan menerusi Yerry Mina setelah menerima lorongan cantik daripada James Rodriguez.

Penyerang Monaco, Radamel Faclao mengukuhkan kedudukan 30 minit kemudian selepas meneri umpanan cantik daripada Juan Quintero sebelum Juan Cuadrado meledak gol ketiga pasukan selang lima minit kemudian.

Keputusan itu menyebabkan Poland tersingkir awal manakala Colombia masih berpeluang untuk menempah tiket ke pusingan 16 pasukan terakhir.

Skuad Los Cafeteros akan menghadapi Senegal dalam aksi terakhir kumpulan pada 28 Jun ini di Arena Samara manakala Jepun bertemu Poland di Arena Volgograd pada hari yang sama.

Colombia menduduki tangga ketiga setelah mengutip tiga mata manakala Jepun di kedudukan teratas berkongsi empat mata dengan Senegal. Poland di tangga tercorot tanpa sebarang pungutan mata. - AGENSI