Reds yang memenangi tujuh perlawanan pembukaan musim (semua pertandingan) dijangka membariskan Xherdan Shaqiri dan Daniel Sturridge untuk mengetuai serangan bersama Sadio Mane.

Pemain tengah Brazil, Fabinho yang selama ini ‘diperap’ di bangku simpanan ­akhirnya akan melengkapkan formasi 4-3-3 yang diguna pakai Jurgen Klopp untuk bergan­­di­ngan bersama kapten, Jordan Henderson serta Naby Keita.

Bahagian pertahanan juga bakal menyaksikan rombakan dengan bek kanan senior, Nathaniel Clyne kembali mengambil tempatnya yang selama ini diisi bintang remaja, Trent Alexander-Arnold.

Penjaga gol Brazil, Alisson juga bakal direhatkan bagi memberi laluan kepada Simon Mignolet, manakala Joe Gomez bergan­ding dengan Joel Matip di pertahanan tengah.

Pendahulu Liga Perdana itu juga dijangka membariskan Alberto Moreno di bek kiri, mengetepikan Andrew Robertson.

Menjelang pertembungan dua gergasi Liga Perdana itu, bintang tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum menyeru rakan sepa­sukan agar tidak terbawa-bawa dengan prestasi baik pada awal musim.

“Sekarang kami berkedudukan baik dan berada pada keyakinan tertinggi, namun pemain harus berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan,” ujarnya. – AGENSI