Pengurus West Ham baharu itu optimis pasukannya mampu bangkit daripada ketinggalan satu gol yang dijaringkan oleh Mohamed Salah selepas mempunyai tiga peluang terbaik terutamanya tandukan Declan Rice.

Bagaimanapun, apabila Sadio Mane meledak dua gol, Pellegrini terpaksa akur dengan kekalahan terbesar mereka di Anfield buat kali pertama sejak 1932.

“Apabila anda membawa masuk terlalu banyak pemain baharu sukar untuk menyesuaikan keadaan. Kami memulakan musim baharu jadi kami perlu bekerja keras dan menganalisa perlawanan.

“Kami tahu kami menentang salah satu pasukan terbaik dalam EPL di mana mereka layak ke final Liga Juara-Juara pada musim lalu.

“Kami juga tahu Liverpool lawan yang sukar. Mereka layak menang namun saya fikir selepas gol kedua atau ketiga ia akan menentukan keputusan perlawanan. Pada babak pertama kami ada dua atau tiga peluang terbaik namun kami dibolosi pada minit terakhir babak pertama.

“Selepas itu, gol ketiga jelas ofsaid. Saya bukan nak cakap itu punca kami kalah. Jika anda mahukan penilaian tentang jaringan, ya itu sukar dilakukan. Kami tidak mencipta banyak peluang pada babak kedua namun kami akan memperbaiki permainan,” katanya. - AGENSI