Malah dia yang berasal dari Puncak Alam tidak menyangka dapat memenangi tiket tersebut walaupun pertama kali datang menyaksikan perlawanan itu di Dewan Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad. di sini hari ini.

“Syukur Alhamdulillah saya tak sangka menang cabutan bertuah utama. Saya rasa ini rezeki anak-anak sebab pertama kali bawa mereka menonton perlawanan Liverpool di sini," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia hari ini.

Acara kedua [email protected] ini dianjurkan dengan kerjasama Standard Chartered Bank yang juga merupakan penaja global kepada kelab Liverpool FC.

Dalam pada itu, pemenang tiket penerbangan Kuala Lumpur- Maldives tajaan Air Asia, Tengku Iskandar Tengku Sariffuddin berkata, dia yang datang berseorangan dari Shah Alam merancang akan menggunakan peluang yang dimenanginya itu sebaik mungkin sebagai salah satu ganjaran baginya.

“Saya masih lagi tidak percaya dapat tiket ini dan terasa begitu gementar ketika menaiki pentas. Tidak sabar untuk beritahu kepada keluarga. Terima Kasih kepada semua penaja,” ujarnya.

Tiga lagi pemenang tiket penerbangan tajaan Air Asia Kuala Lumpur-Jeju dimenangi Isniah Abdullah; tiket penerbangan Kuala Lumpur-Ho Chi Minh pula di menangi Shahrul Bashar manakala tiket penerbangan Kuala Lumpur-Jaipur dimenangi oleh Shirad Anuar yang merupakan bekas pekerja Utusan Melayu (M) Berhad.

Hadiah-hadiah menarik ditaja oleh Malaysia Airlines bagi kate­gori Super Grand Prize iaitu tiket kelas bisnes; AirAsia ke empat destinasi iaitu Maldives, Jeju, Korea Selatan, Ho Chi Minh di Vietnam dan Jaipur, India.

Selain itu, hadiah juga ditaja oleh Sunway Lagoon, Demak Motors dan MyAngkasa Amanah Berhad.