Kejohanan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan negeri akan diadakan di padang Kompleks Sukan Gong Badak dengan disertai lapan pasukan daripada Majlis Sukan Sekolah Daerah dan satu pasukan Sekolah Sukan Bukit Nenas.


Setiausaha Kerja PBSNT, Mohd. Syahrizan Mohd. Zain berkata, kejohanan itu turut bertujuan untuk mengenal pasti pemain-pemain dari setiap daerah bagi persiapan pembentukan pasukan Bawah 17 Tahun Terengganu 2018 di samping pemilihan pemain untuk diserapkan ke Akademi Bola Sepak Terengganu di Sekolah Sukan Bukit Nenas di sini.


“Usaha sama strategik antara PBSNT dengan Jabatan Pendidikan ini secara tidak langsung dapat memastikan kesinambungan karier bola sepak pemain-pemain muda selepas tamat persekolahan.


“Oleh itu, kita berharap kejohanan ini dapat menjadi platform terbaik dalam melahirkan pemain muda berkualiti sekali gus mendapat pendedahan yang lebih sistematik dalam sukan bola sepak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Menurut Mohd. Syahrizan, juara bakal membawa pulang hadiah wang RM3,000 manakala naib juara RM2,000 dan ketiga (RM1,000). 


Katanya, perlawanan akhir akan berlangsung di Padang C Kompleks Sukan Gong Badak pada petang Isnin ini. - UTUSAN ONLINE