Sumber memberitahu, berdasarkan perlembagaan persatuan itu, jawatan presiden perlu diisi oleh Menteri Besar Negeri Sembilan.

“Walau bagaimanapun, jawatan itu masih dipegang oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sehinggalah Menteri Besar baharu mengambil alih,” katanya di sini hari ini.

Pakatan Harapan menang 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dalam PRU-14 sekali gus layak membentuk kerajaan negeri selepas menewaskan Barisan Nasional yang memperoleh 16 kerusi.

Istiadat penyerahan watikah pelantikan dan mengangkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu akan diadakan pagi ini.

Mohamad yang meme­gang jawatan itu apabila dilantik Menteri Besar pada tahun 2004 membawa banyak kejayaan kepada pasukan bola sepak negeri, termasuk memenangi Piala Malaysia pada tahun 2009 apabila menewaskan Kelantan 3-1 dalam perlawanan akhir.