Menurut Presidennya, Datuk Posa Majais, langkah tersebut terpaksa diambil demi memperbaiki segala kelemahan dan prestasi yang buruk dan ianya adalah muktamad.

"Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada kesemua pemain-pemain, barisan

kejurulatihan dan pengurusan pasukan lepas atas sumbangan diberikan.

"Pada musim hadapan, pasukan akan diperkuatkan oleh pemain-pemain dan barisan kejurulatihan baharu," jelas dalam kenyataan akhbar di sini semalam.

Tambah Posa, beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua penyokong skuad Ngap Sayot atas sokongan sepanjang musim ini.

"Kita akan kembali dengan lebih baik lagi pada musim depan," ujarnya. - UTUSAN ONLINE