Dalam kenyataannya, Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) berkata, Partiban, 26, bekas pemain Perak yang berhijrah ke Terengganu empat tahun lalu kini mahu berkhidmat semula dengan pasukan negeri kelahirannya.

"Partiban menandatangani kontrak setahun bersama skuad The Bos Gaurus," kata kenyataan Pafa.

Majlis menandatangani perjanjian diadakan di Pejabat Pafa, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE