Panama layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Costa Rica dalam saingan akhir zon kelayakan CONCACAF, semalam.

Kemenangan tersebut membolehkan Panama menamatkan saingan di kedudukan ketiga di bawah Mexico dan Costa Rica yang sekali gus menutup peluang Amerika Syarikat untuk ke Rusia tahun depan.

“Ini adalah hari yang amat bersejarah buat negara. Esok (Khamis) akan menjadi hari cuti kebangsaan untuk sektor awam dan swasta,” kata Varela dalam akaun Twitter miliknya, pagi tadi. - AFP