Dalam saingan liga semalam, The Hammers terikat 2-2 dengan Leicester dan keputusan itu dilihat bakal memusnahkan peluang mereka untuk ke saingan Liga Europa musim hadapan.

Tempat ketujuh mampu mencerahkan laluan West Ham ke Liga Europa sekiranya Manchester City menewaskan Watford dalam final Piala FA namun ketika ini mereka berada di kedudukan kesebelas, ketinggalan enam mata di belakang The Hornets dengan baki tiga perlawanan.

Pellegrini berasakan pasukannya sepatutnya menundukkan Leicester, namun gol Lucas Perez pada minit ke-82 dinafikan kerana berada pada kedudukan ofsaid.

Harvey Barnes menghadiahkan The Foxes satu mata pada masa pemberhentian yang mencetuskan kekecewaan Pellegrini untuk menyaksikan West Ham terus keciciran mata selepas kali terakhir kalah kepada Manchester United 1-2.

“Malangnya kami kehilangan lima mata.

“Jika kami dapat memungutnya, mungkin kami sedang berusaha merebut tempat ketujuh.

“Kami mengharungi dua perlawanan berturut-turut dengan melakukan kesilapan besar.

“Pertahanan kami tidak beraksi baik untuk gol kedua lawan tetapi dalam sebahagian besar permainan, kami bermain dengan baik.

“Mungkin ketika ini kami sepatutnya berjuang untuk tenopat ketujuh. Ia adalah sebahagian daripada perlawanan tetapi apabila awak mengalami dua kekalahan berturut-turut, sukar untuk menelannya tetapi itulah yang perlu dihadapi,” kata Pallegrini. - AGENSI