Palace menyedari mereka tidak boleh menyimpan Zaha di Selhurst Park selepas pemain Ivory Coast tanpa berselindung memberitahu mahu meninggalkan kelab tersebut lantas mendorong majikannya meletakkan harga maksimum kepada mana-mana pasukan yang ingin membelinya.

Tidak dinafikan Zaha antara pemain berpengaruh di kelab tersebut dan kerana itu beberapa kelab terkemuka di Eropah berminat mendapatkannya termasuk Arsenal yang kerap mengikuti rapat perkembangannya.

Bagaimanapun, dengan kekangan kewangan yang dihadapi The Gunners kelab itu perlu berfikiran kreatif jika ingin mendapatkan Zaha.

“Saya perlu mencapai sesuatu yang lebih baik berdasarkan kemampuan yang dimiliki. Saya perlu mensasarkan untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi, memenangi trofi. Saya ada pengalaman dalam Liga Juara-Juara cuma saya perlukan peluang, itu sahaja dan selebihnya saya uruskan,” kata Zaha. - AGENSI